Wednesday, June 25, 2014

Sanggup Korang Makan Daging Kucing Meow-meow


Pernah Atau tidak bermimpi atau dengar cerita mimpi yang pelik. Mimpi makan daging kucing. Dikatakan bahawa seseorang yang bermimpi makan daging kucing berkemungkinan akan memperoleh harta (sanggup ke nak makan kucing meow-meow).


Ada pendapat lain yang dari tafsiran mimpi ini, terutamanya jika yang mimpi mempunyai isteri yang sedang hamil. Kemungkinan memberi petanda akan mendapat anak yang "hensom" bergaya..hehehe


- Hanya Sekadar Mimpi - Tidak Perlu Percaya -

Sumber : Tafsir mimpi

Tuesday, June 24, 2014

Mimpi Tentang Kucing - Kucing Meow-meow Pendatang.


Bermimpi ada kucing datang dan tinggal di rumah anda. Kemungkinan membawa petanda bahawa dalam masa terdekat ada orang yang akan datang dan berhasrat mahu menumpang duduk di rumah anda.

- Hanya Sekadar Mimpi - Tidak perlu Percaya -

Sumber : Tafsir Mimpi

Monday, June 23, 2014

Mimpi Tentang Kucing - Anak Kucing Meow-meow


Dikatakan orang bermimpi dirinya bermain-main dengan anak kucing, membawa makna bahawa si pemimpi tidak perlu bimbang dengan kehidupannya dalam aspek keewangan.

Dalam tempoh terdekat dia akan peroleh kesenangan hasil daripada kerja yang di usahakan.

-Hanya sekadar mimpi- Tidak perlu percaya -

Sumber : Tafsir Mimpi

Sunday, June 22, 2014

Kucing Meow-meow Penunggu!

Tahukah anda kucing tidak pernah merampas makanan kita tatkala kita 

sedang menjamahnya... mereka hanya menunggu dengan penuh kesabaran 

akan sisa makanan yang kita tinggalkan dengan harapan sisa makanan itu 

mampu dijadikan sebagai kelangsungan hidup mereka.. :')


*betulkan andai saya tersilap fakta.


Friday, June 20, 2014

Cerita Kucing meow-meow yang Mengantuk.


Kalau ada katil dah lama kucing meow-mewo landing. Hurmmm..

Wednesday, June 18, 2014

Cerita Kucing Meow-meow Boleh bercakap.


Kucing Meow-meow pun dah boleh bercakap sekarang!
Hehe.. ^_^

Tuesday, June 17, 2014

Monday, June 16, 2014

Cerita Kucing Meow-meow Mueeza.


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucingbaginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba di atas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan


Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

Sunday, June 15, 2014

Kisah Wanita Tua dengan Seekor Kucing meow-meow di Tanah Suci Makkah


Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.



Allah wu'llam...

Saturday, June 14, 2014

Gambar "Chase No Face" Cerita kucing Meow-meow.

Dari cerita yang sebelum ini Cerita Kucing Meow-meow Tiada Muka. Kami nak kongsi lagi gambar-gambar Chase. ^_^


Di negeri yang jauh, terdapat sebuah istana Lego dan berbulu, Queen Chase ...















I Like "Kokodai"

Friday, June 13, 2014

Cerita Kucing Meow-meow Tiada Muka.


Kesian "Chase No Face" . kucing sering di anggap haiwan yang comel. Kadang kala ia tidak berlaku pada seekor kucing.

Chase No Face merupakan gelaran bagi seekor kucing berbulu hitam - putih yang terkenal di internet selepas foto - fotonya di post di media sosial Facebook . Mungkin anda berfikir namanya sangat aneh . Namun kita akan faham kenapa  kucing ini mendapatkan gelaran tersebut selepas kita lihat gambarnya.

Yup , kucing tersebut hampir tidak mempunyai wajah . Hidungnya hilang , bibirnya koyak , tidak mempunyai kelopak mata , dan wajahnya tidak berbentuk. Wajah kucing betina tersebut hancur akibat dilanggar kereta sema beberapa minggu dilahirkan.

Kucing ni bernasib baik, ditemui oleh seorang pemuda yang membawanya ke Chevy Chase Animal Clinic di Lexington , Kentucky. Pemuda tersebut rela mengeluarkan banyak wang untuk menanggung kos tersebut. Buatlah apa-apa pun janji nyawa kucing ini dapat diselamatkan oleh pihak klinik  kemudian diberi nama " Chase " tersebut .

Bahagian kaki belakang sebelah kiri kucing ni terpaksa dipotong kerana kecederaannya sangat parah, dan pihak klinik pun berusaha keras untuk menyelamatkan wajah si kucing. Namun 2 kali cantuman kulit yang dilakukan dalam beberapa bulan tidak berjaya, sehingga Chase tidak akan boleh mempunyai wajah seperti kucing lain. 


Melissa Smith, pada ketika itu bekerja sebagai pembantu doktor haiwan yang merawat Chase, membawa pulang Chase setiap malam dan hujung minggu selama masa pemulihan kucing tersebut. Dan akhirnya, Melissa menjadikan Chase sebagai kucing peliharaannya.

"Dia (Chase) tidak mempunyai pemilik, dan Saya sudah mengatakan saya akan membawanya pulang ... untuk memberi perhatian tambahan." kata Melissa seperti dipetik dari catster.com "Dan pekara itu sudah berlalu selama 7 tahun. Sekarang dia adalah kucing milik saya."

Dan kini Chase No Face menjadi "famous" di Facebook, di mana puluhan ribu orang lebih mengikuti perkembangan Chase. Uniknya, kedua anak Melissa yang masih kecil (umur 2 dan 3 tahun ketika tahun 2012) tidak merasa takut dengan penampilan Chase yang "tanpa wajah".

Kisah hidup Chase No Face pun akhirnya memberi inspirasi ramai orang setelah dicurahkan ke dalam tulisan di sebuah blog. Bahkan, sebelum Melissa mempunyai anak, Chase sering dibawa untuk melawat anak-anak yang mempunyai keterbatasan fizikal untuk menjadi sumber inspirasi mereka. Dan melalui blog dan Facebook tersebutlah, beberapa orang yang merasa hiba turut menyumbang untuk rawatan Chase.

Mungkin ketika pertama kali melihat wajah Chase yang seperti itu, anda berasa bimbang akan betapa sakit apa yang dirasakan di wajah Chase. Namun doktor haiwan yang merawat Chase berkata, walaupun wajahnya tampak seperti itu, sebenarnya wajah Chase sudah tidak menimbulkan rasa sakit lagi.

Dan walaupun penampilan Chase tidak sama dengan kucing lain, kebiasaan, keperibadian dan rutin yang dijalani Chase tetap sama dengan kucing lainnya. Dia tetap makan, minum, "melepas" dalam kotak pasir dan lain-lain.

Boleh lihat lagi gambar-gambar Chase di bawah. Cerita KucingMeow-meow.