Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki
seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di
temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana
tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan
lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk
sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan
mengusap lembut ke badan kucingbaginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di
rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba di atas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu
mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti
mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi
kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini
sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang
seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula
melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini
adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu
Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya
meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr
Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya
dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.
No comments:
Post a Comment